Ahad, 29 Julai 2012

Tahniah!

Diucapkan tahniah dan syabas kepada penyelaras Bilik BOSS SKDN iaitu Pn. Hjh. Nor Azlina bt Abd Aziz kerana telah mendapat pencalonan di dalam pertandingan bilik BOSS ke peringkat Negeri Melaka tahun 2012. Semoga selepas ini bilik tersebut akan dapat diceriakan lagi bagi melayakkannya terpilih ke peringkat kebangsaan pada masa akan datang. SKDN bolehhh..

Rabu, 22 Februari 2012

Siap juga akhirnya!

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya dapatlah blog BOSS SK Dato' Naning ini disiapkan dengan jayanya. Walaupun masih dalam pembinaan insya Allah beberapa penambahbaikan akan ditambah dari semasa ke semasa bagi menjadikannya lengkap dan sempurna. Oleh itu cadangan dan pendapat dari pengunjung blog adalah dialu-alukan bagi memantapkan lagi blog ini dengan mengisi ruang sembang di sebelah ini. Terima kasih.